Thursday, May 29, 2008



TENUNG,FIKIR DAN ZIKIR


Pengalaman mengajar kita erti kehidupan.Semakin banyak masalah dan cabaran yang kita depani akan mematangkan diri dalam menempuh hidup di dunia fana ini.
Aku sering mengingatkan diri bahawa hayat ini tidak lama dan kekal abadi..Rasulullah ada mengatakan bahawa dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan ladang di akhirat..terpengaruh dengan fitnah dunia akan mem binasa diri di akhirat kelak..amal dan taqwa disemai agar subur berbuah di sana..
Hidup perlu diteruskan walaupun seribu mehnah dan tribulasi menyerang diri..

Kelas diadakan seperti biasa.Hidup sebagai seorang student yang mempunyai mamtlamat masa panjang berbeza dengan mereka yang hanya belajar unutuk lulus exam sahaja..belajar adalah platform untuk kita mendekatkan diri kepadaNya dan membantu islam yang tercinta..itulah yang aku sering ingat2kan kepada diri yang lemah ini..
Walaupun bahang final exam semakin terasa namun aku perhatikan rakan2ku relax sahaja..tiada risau dan gelisah tentang kelibat exam yang semakin hampir..itulah yang aku lebih suka daripada tertekan dengan suasana exam..
Hari ini kami ditugaskan untuk membincangkan topic yang diberikan oleh lecturer kami..tentu sekali dalam bahasa inggeris..melatih kami untuk speaking group discussion keesokannya..mungkin lecturer aku melihat tajuk yang diberikan tidak berapa menarik lantas menukar topic tersebut supaya ada sambutan di kallangan kami dalam memebrikan idea dan pendapat..
Aku masih ingat lecturer aku membangkitkan tentang gejala sosial yang turut melibatkan mereka yang belajar di sekolah agama..tempias tersebut begitu mengenakan aku kerana aku berasal dari sekolah agama..beliau mengatakan bahawa segelintir pelajar sekolah agama adalah sama sahaja perangai dan tindakan dari mereka yang bukan sekolah agama..betul ke?

Seribu saat aku berfikir dan termenung untuk mencari hujjah yang sesuai..bukan senang bagi diriku untuk speaking kerana aku tak berapa fasih untuk bercakaap dalam BI ni..namun demi rasa tanggungjawab untuk memebuka minda sahabat2ku mengenai isi ini aku buang perasaan malu dan terus mengeluarkan hujjahku..istighfar ku panjatkan agar apa yang ku perkatakan tidak terpesong dari matlamat sebenar..

Siapa yang patut dipersalahkan jika pelajar dari sekolah agama turut terlibat dalam masalah ini?..kebanyakan yang aku perhatikan mereka yang belajar di sekolah agama kerana terpaksa dan dipaksa oleh ibu bapa mereka..mereka tidak minat untuk belajar subjek agama yang begitu membosankan..dan terasa terbeban dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah seperti memakai tudung labuh dan sebagainya..ada juga ibu bapa yang memberi tugas seratus peratus kepada pihak sekolah dan guru-guru supaya dapat mengubah anak-anak mereka menjadi insan yang mulia..mentaliti seperti ini perlu diubah andai ibu bapa mahu zuriat mereka menjadi insan cemerlang,gemilang dan terbilang bukan temberang..kebanyakan remaja hari ini yang seringkali terlibat dengan social ill,mereka kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa mereka dan ruh islam itu sendiri tidak wujud di rumah mereka..bagaimana mereka mahu mengenali islam andai ibu bapa sendiri tidak mempraktikkan ajaran islam dan mengtitipkannya dalam jiwa anak-anak mereka..ke mana tumpah kuahnya kalau tak ke nasi;bapa kencing berdiri anak kencing berlari... Perlu diingatkan bahwa asal usul tempat belajar tidak menjamin kita dari terselamat melakukan dosa..apa yang lebih penting adalah mengamalkan islam itu sendiri dan memohon kepada Allah agar dijauhkan segala fitnah dunia ini...

Bukan niat untuk mengutuk mana2 pihak tetapi sekadar memberi pendapat agar kita lebih berhati-hati dan sedar akan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa,masyarakat,kerajaan dan sebagainya dalam melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar..

Tugas islah dan dakwah bukanlah satu pilihan tetapi lebih merupakan suatu kewajipan.melaksanakanya bukan mudah seperti kita memakan nasi, tetapi lebih sukar dan mencabar..andai kita bersendirian dalam melaksanakan tugas warisan baginda Rasulullah ini pasti kita kan mudah tersungkur dan menyerah kalah...

Oleh itu cari kekuatan dengan bergerak secara kelompok atau kumpulan..tepat sekali ‘jemaah’..

“ Dan bahawa (yang diperintahkan) ini,adalah jalanKu yang lurus,maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya.Yang demikian itu diperintahkan Alaah kepada kamu agar kamu bertaqwa..” (surah Al-An’am; ayat 135)



Saturday, May 24, 2008


KEINDAHAN HIDUP BERSAMA ALLAH


SENTIASA MERASAI NIKMATNYA
SETIAP KESUSAHAN DIIRINGI KETENANGAN
SUKA DUKA DIAJUKAN KEPADANYA
TIADA MERASA SEDIH
HATI TERASA TENANG DAN BAHAGIA
RASA BENCI DENGAN KEMUNGKARAN
TERASA KASIH PADA YANG KEKURANGAN
SETIAP KESULITAN DIHADIAHKAN PERTOLONGAN
TIDAK SABAR UNTUK BERTEMUNYA…

ANDAI DAPAT KITA MENGHAYATI NIKMAT MENCINTAI ALLAH, SUDAH PASTI KITA AKAN MERASA TERLALU BERDOSA KERANA TIDAK AMBIL PEDULI BAHAWA ALLAH SANGAT KASIH AKAN KITA.
RUGINYA KITA KERANA TIDAK MEMBALAS KASIH ALLAH TERHADAP KITA. DI DUNIA KITA DITATANG, DI AKHIRAT JUGA ALLAH TELAH JANJIKAN KEBAHAGIAAN. TIADA KESUSAHAN YANG ALLAH TIMPAKAN KE ATAS KITA MELAINKAN ALLAH AKAN MEMBERI PERTOLONGAN DAN PETUNJUK.
BEZANYA, BAGAIMANA KITA MENGHADAPI RANJAU DI MUKA BUMI INI? ANDAI BENAR KITA HAMBANYA YANG SOLEH, UJIAN YANG ALLAH TIMPAKAN DIRASAKAN MEMBERI KETENANGAN DAN KEMATANGAN KERANA HATI SEMAKIN DEKAT DENGANNYA.
TERASA SEMAKIN MENYENDIRI, TAPI TETAP TERHIBUR WALAU DALAM LINANGAN AIR MATA YANG PENUH PENYESALAN...


SEDARLAH BAHAWA HIDUP DI DUNIA INI TIDAK LAMA..SEGALA PERBUATAN DAN PERLAKUAN DARI SEBESAR2 PERKARA SEHINGGA SEKECIL2 ZARAH AKAN DIPERHITUNGKAN OLEH ALLAH DI AKHIRAT KELAK..

APAKAH SUMBANGAN YANG TELAH KITA TABURKAN UNTUK ISLAM? ATAU KITA SENDIRI YANG TIDAR SEDAR MENCEMARKAN NAMA ISLAM ITU SENDIRI..

AYUH SAHABAT BANGKIT DARI TIDUR YANG LENA..SUMBANGKAN TENAGA DAN PEMIKIRAN KE ARAH MENDAULATKAN ISLAM..
INGATLAH SESUNGGUHNYA BUKAN ISLAN YANG MEMERLUKAN KITA
TETAPI KITA YANG MEMERLUKAN ISLAM..

WE UNITE FOR ISLAM..

Thursday, May 1, 2008

IKON PERJUANGAN KITA



ASSYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA


Syeikh Hasan Al-Bana dilahirkan pada tahun 1906, yang dibesarkan dalam keluarga Islam yang taat. Dengan asuhan secara Islam itulah maka ia boleh berkata: “Hanya Islamlah ayah kandungku.” Hal itu kerana rasa cintanya terhadap ajaran Islam, kerana ajaran itulah yang membentuk watak dan keperibadiannya.
Ayah kandungnya sendiri adalah Syeikh Ahmad Abdurrahman yang lebih terkenal dengan panggilan as-Sa’ati, atau si tukang jam.
Hasan Al-Bana hafal 30 Juz kitab suci Al-Quran, padahal umur beliau pada saat itu baru 20 tahun. Ketika umur yang sekian itu beliau berhasil menginsafkan Syeikh Abdul Wahab Jandrawy, Pemimpin (Syeikh) Al-Azhar University yang mempunyai pengaruh besar pada segenap lapisan masyarakat dan mempunyai hubungan yang akrab dengan berbagai pihak.
Namun Syeikh yang banyak ilmunya itu tidak mempunyai roh jihad membela rakyat dan Islam dari kezaliman Raja Farouk dan penjajah Inggeris. Kecuali Syeikh Jandrawy ini adalah seorang pemimpin Sufi yang mempunyai banyak pengikut setiap malam berzikir dan berselawat dengan nyanyian-nyanyian khusus ahli Thariqat, tetapi mereka tidak mengerti sama sekali bahawa mereka itu terkurung oleh suasana yang diliputi kejahilan dan kejumudan umat. Mereka jauh dari semangat dan keagungan Islam kerana suasana kemunduran umat yang membelenggu.
Pada tahun 1927, ketika Hasan Al-Bana baru berusia 21 tahun, beliau telah lulus dari Perguruan Darul Ulum Mesir, beliau terus mengajar di Ismailiyah. Di Ismailiyah beliau semakin mengerti suasana rakyat Mesir yang telah sempurna rosaknya. Amat nyata perbezaannya antara kehidupan bangsa Mesir yang menjadi pekerja kasar dengan rumah serta perkampungan yang buruk; dengan kehidupan orang-orang kulit putih yang menempati gedung-gedung megah dengan segala keangkuhannya. Kecuali kemiskinan dan kebodohan, rakyat juga banyak yang rosak moralnya kerana pengaruh kehidupan Barat yang sengaja direka oleh kaum penjajah untuk menghancurkan rakyat Mesir dari segi yang lain.
Dalam suasana yang demikian itulah Hasan Al-Bana mendirikan suatu jemaah yang dinamakan “Al-lkhwanul Muslimin” (Persaudaraan orang-orang Muslim) pada bulan Dzul Kaedah 1347 Hijrah (Mac 1928) yang bertujuan untuk mewujudkan cita-cita Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh. Semangat kedua beliau itulah sebagai rantai yang menyambung kepada cita yang diinginkan oleh Hasan Al-Bana beserta kawan kawannya di dalam membentuk organisasi tersebut.
Adapun khiththah gerakan lkhwanul Muslimin yang menuju cita yang diredhai Allah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW itu melalui tahapan yakni: 1. Membentuk peribadi Muslim 2. Membentuk rumahtangga dan keluarga Islam 3. Cara hidup kampung Islam 4. Menuju kepada negeri Islam 5. Menuju kepada pemerintahan Islam.
Gerak Ikhwanul Muslimin meliputi segala bidang dakwah, mulai pendidikan terhadap anak-anak, pelajaran Al-Quran bagi orang dewasa, pendidikan keluarga, bidang sosial walaupun nampaknya sederhana sekalipun, dari kampung-kampung sampai kepada Universiti di kampus-kampus, mulai artikel sampai penerbitan buku dan majalah-majalah, sampai kepada urusan politik dalam amar makruf nahi mungkar, dan sebagainya.
Sampai kepada Muktamar Ikhwanul Muslimin yang ketiga tahun 1934, tampak tokoh-tokoh intelektual dan para ulama terkenal yang menjadi anggota dan pendukung Ikhwan, seperti Syekh Thanthawi Jauhari, seorang ahli tafsir terkenal dan Guru Besar. Kemudian Sayid Quthub, Dr. Abdul Qadir Audah, seorang Hakim terkenal, dan juga Dr. Hasan Al-Hadlaiby, dan sebagainya.
Syeikh Hasan Al-Bana bersama kawan-kawannya tidak mampu berdiam diri menghadapi kekuasaan Raja Farouk yang telah tenggelam dalam kemabukan, rasuah, dan sewenang-wenang. Perbezaan pendapat, perselisihan, dan akhirnya pertentangan dengan penguasa yang aniaya dan dibantu oleh kekejaman penjajah Inggeris tidak dapat dihindarkan.
Tentu saja penyokong Kerajaan bekerja keras untuk dapat mengawasi gerak-geri para anggota Ikhwanul Muslimin. Kaum Imperialis Inggeris pula di dalam mencelakakan Ikhwanul Muslimin mempunyai peranan yang sangat besar.
Akhirnya pada pagi hari tanggal 13 Februari 1949 beliau memanggil puteranya. Kemudian beliau bercerita kepada puteranya itu bahawa semalam beliau bermimpi merasa dikunjungi Sayyidina Ali bin Abi Thalib. Ali bin Abi Thalib berkata kepada beliau: “Wahai Hasan, kamu telah menunaikan kewajipan, semoga amalmu diterima oleh Allah.” Kemudian pada petang harinya, beliau meninggalkan rumah bersama kawan-kawan seperjuangan pergi menunaikan tugas. Tiba-tiba beliau di tembak oleh seorang anggota Polis kakitangan Raja Farouk, dan tersungkurlah beliau di tepi jalan Kairo, dan beliau menemui syahidnya setelah sampai di hospital.
Beliau meninggal dunia kerana ditembak di pinggir jalan raya, dan tidak diketahui siapa pembunuhnya. Bahkan pembunuhnya mendapat hadiah dari Raja Farouk.
Jenazah beliau hanya disolatkan oleh ayah beliau sebagai Imam dan anak lelaki beliau sebagai makmum. Hanya dua orang. Kerana di sekeliling rumah beliau dijaga ketat oleh askar negara untuk melarang siapapun masuk rumahnya memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.

Tuesday, April 29, 2008

DI MANAKAH TAHAP IMAN KITA?


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.



Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN


5 CARA MEMILIH SAHABAT



Berapa orangkah sahabat anda?Adakah anda benar2 mengenali mereka dan bersama mereka ketika susah dan senang? di sini ada beberaap tips untuk memilih sahabat..

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina
persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-
Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada
anaknya :

Pertama:
Pilihlah sahabat yang suka melindungi
sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita
dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi
keperluan...

Kedua:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau
menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik
atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada
dirimu, dia suka menghitung-hitungkan
(menyebutnya).

Ketiga:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau
menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik
atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia
mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka
menutupinya.

Keempat:
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta
sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau
engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika
ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang
menimpa dirimu, dia suka membantu dan
meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima:
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka
membenarkan ucapan dan bukan selalu
mempercayainya saja. Jikalau engkau
mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia
suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih
dengannya, dia suka mengalah untuk
kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih
sahabat yang baik agar segala matlamat dan
hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat
dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada
Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada
kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di
sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki
mu."

Monday, April 28, 2008

JADILAH HAMBA YANG BERSYUKUR

Berapa kali setiap hari kita mengucapkan syukur kepada Allah?Adakah sukar bagi kita hanya mengucapkan 'alhamdulillah'?ingatlah bahawa menjadi insan yang bersyukur tidak ckp pgn ucapan semata-mata,tetapi lebih penting adalah istiqamah kita dalam mengerjakan ibadah kepada Allah..hidup ini hanya sementara..tiada ruiang untuk ita bersuka ria.yang ada adalah setiap saat kita gunakan hanya untuk beribadah dan mengingatiNya.

Monday, April 21, 2008


YANG BERNAMA SEORANG PEJUANG

Kehidupan seorang ISLAM itu

Penuh dengan perjuangan

Berjuang demi mencapai mardhatillah

Hingga sampai janji Allah

Antara kemuliaan atau syahid fi sabilillah

Pejuang itu…

Berjuang menentanng kebatilan

Bukan hanya membiarkan nasib umatnya diperkotak-katikkan

Tanpa sebarang pembelaan

Pejuang itu..

Terus berjuang menentang kefasadan

Bukan hanya menangguh tugas

Yang telah menjadi kewajipan

Seorang pejuang itu….

Tidak kenal erti jemu

Tidak kenal erti putus asa

Kerana dia mengerti

Perjuangan itu

Bukan untuk insan yang memnetingkan kerehatan

Dan kesenangan dunia

Tetapi bagi insan…

Yang hatinya mempunyai ikatan kukuh dengan dengan ar-Rahman

Yang bernama seorang pejuang itu…

Rela imannya diuji dengan dugaan

Rela diri dan hartanya dikorbankan

Kerana dia tahu

Perjuangan itu adalah jalan yang panjang

Dan penuh dengan kesukaran

Tiada karpet merah untuk dihamparkan

Tiada bunga-bungaan untuk ditaburkan

Yang ada……..

Hanyalah cacian dan cemuhan yg menguji kesabaran

Duri-duri yang perlu ditempuh sepanjang perjalanan

Mehnah dan tribulasi yang tiada berkesudahan

Sahabatku..

di mana bumi dipijak,di situ islam ditegakkan..