Wednesday, November 26, 2008

ANTARA MANUSIA DAN POKOK HUTAN



Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis tentang betapa pentingnya memanfaatkan masa muda sebelum menjangkau tua dalam melakukan amal soleh...Seperti yang dimaklumi, sudah menjadi fitrah masa muda manusia mempunyai kekuatan mental dan fizikal.Daya ingatan yang kuat ditambah dengan tenaga yang boleh mereka gunakan untuk melakukan banyak kerja dalam satu masa...Namun kebanyakan manusia tidak menghargai kelebihan ini dengan melakukan ketaatan dan amal soleh kepada Allah.Mereka alpha bahawa sesungguhhnya nikmat kekeuatan dan kesihatan yang mereka miliki juga merupakan satu fitnah atau cubaan daripada Allah yang memiliki segala kekuatan untuk menguji sejauh mana rasa syukur kepadaNya...

Bagaikan minda masyarakat hari ini sudah didoktrinkan dengan kenyataan yang tiada asas dan logiknya bahawa mereka akan beribadah bila sudah tua nanti..masa muda hanya untuk ‘enjoy’...Namun golongan berfikiran singkat seperti in tidak sedar bahwa ajal itu tidak kria berapa umurnya; samada muda atau tua; kanak-kanak atau remaja dan sebagainya...Adakah mereka tidak pernah terfikir walau sedikitpun tiba-tiba nyawa mereka ditarik sedangkan pada ketika itu mereka sedang berseronok melakukan kemaksiatan kepada Allah..dan apakah bekalan amlaan yang akan dibawa oleh mereka apabila bertemu dengan Allah kelak???Apa gunanya ilmu yang dituntut hingga pangkat PHD sedangkan perkara seperti ini tidak dapat difikirkan...Inilah akibatnya jika iman di hati senipis kulit bawang...

Masyarakat yang masih beriman kepada Allah hari ini perlu sedar bahwa kekuatan yang dimliki merupakan satu ‘advantage’ untuk kita melipatgandakan amal ibadah kita kepada Allah...Manusia bila semakin tua mereka akan hilang segala kekuatan fizikal dan ingatan..Namun tidak bagi pokok bakau di hutan..semakin tua umur mereka,semakin kuat tunjang dan akar-akar mereka mencengkam bumi...inilah ciptaan yang Allah ciptakan sebagai panduan untuk manusia yang mempunyai akal bagi berfikir dan mentafsir dengan mata hati...

Dan ingatlah bahwa manusia hidup di dunia ini sebagai hamba kepada tuannnya ya’ni Allah S.W.T.. sudah tentu bergunung-gunung hutang kita kepadaNya...dan dengan apakah yang boleh kita bayar untuk menjelaskan hutang tersebut??? Sudah tentulah dengan beribadat kepada Allah serta melakukan amla ma’aruf nahi munkar...Usah tunggu badan bongkok empat, mata rabun dan tiada gigi baru kita terhegeh-hegeh untuk beramal kepada Allah..Mungkin masa itu sudah terlambat bagi kita...

Renung-renungkanlah lirik lagu ini, semoga kita tergolong di kalangan mereka yang sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah..


Dunia ibarat air laut, diminum hanya merasa haus..
Nafsu bagaikan fatamorgan, indah di mata namun tiada..
Panas yang membahang disangka angin
duina dan nafsu bagai-bagai bayang-bayang
dilihat ada ditangkap hilang...

Sunday, June 29, 2008

TANAM RASA BERTANGGUNGJAWAB DALAM DIRI ANDA !


Alhamdulillah Allah swt masih lagi memberi peluang kepada ana untuk mencoretkan sedikit perkongsian di dalam blog ini.Ana sendiri bukanlah mahir dalam bidang penulisan apatah lagi menghasilkan karya yang baik..Jika dihantar tulisan ana ke mana-mana syarikat penerbitan ana confirm akan direject awal-awal lagi..Namun bagi ana itu bukan sebagai satu batu penghalang untuk kita menyebarkan sebarang idea yang tentunya dapat memberi manfaat kepada mereka yang membacanya..Jika bukan dari sekarang kita belajar untuk berkarya bila lagi..bukan di sini di mana lagi.fikir-fikirkanlah..
Semua nikmat yuang dikurniakan oleh Allah swt tidak mampu ana membalasnya dengan wang ringgit; melainkan hanya dengan ketakwaan dan keimanan kepadaNya.Kita sebagai manusia yang dikurniakan pelbagai kelemahan tidak mampu menghitung segala nikmat dan pemberian Allah sekalipun dengan menggunakan kalkulator saintifik..kerana nikmat Allah itu terlalu banyak dan tidak terkira..

Masa terluang ana lebih suka berada bersama-sana sahabat seperjuangan.Bercerita tentang masalah negara,korupsi kerajaan sekarang,gejala sosial dan kepincangan masyarakat..kadang-kadang kami seolah-olah bertengkar apabila isu sensitif dibangkitkan kerana masing-masing memepunyai pendapat dan idea yang berbeza..Namun semua itu tidak menjadi suatu masalah malah membangkitkan semangat kami untuk terus berada di landasan ini dengan matlamat mengembalikan masyarakat ke arah menjalani hidup sebagai seorang Islam; dalam erti kata sbenarnya menjadikan Islam sebagai Ad-deen..

Sesi makan bersama-sama lebih seronok jika disertai lebih ramai sahabat-sahabat..Cuma apa yang menjadi sedikit masalah bila tiba giliran untuk membasuh bekas makanan..masing-masing membatukan diri se0lah-olah tiada apa yang berlaku..Ana dengan rela hati membasuh bekas-bekas makanan tersebut dan perkara ini berulang setiap kali kami mengadakan makan bersama..Ana tidak kisah dan ambil kira akan perkara tersebut..Dan ada di antara sahabat ana yang bersikap sedikit 'malas' untuk membasuh bekas makanan yang telah digunakan..sampai berhari-hari..sebagai perempuan mungkin sikap ini tidak elok dan sopan..apatah lagi jika mengaku diri sebagai seorang jundullah..
Pernah suatu hari sahabat ana yang tadi melontarkan persoalan kenapa ana rajin dan sanggup membasuh bekas-bekas tersebut sedangkan diri dia sukar untuk bersikap sedemikian..mungkin bagi sahabat-sashabat di luar mempunyai jawapan yang tersendiri.


Ana hanya menjawab bahawa kita perlu bertanggungjawa dengan setiap apa yang kita lakukan..walaupun sekecil-kecil perkara..contoh rasa tanggungjawab untuk membasuh bekas makanan tersebut selepas makan..Bagi diri ana jika perkara yang kecil kita tidak boleh handle dan bertanggungjawab apatah lagi melibatkan perkara yang besar..seperti memikirkan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang daie..

Dalam konteks ini ana lebih suka untuk menyentuh tentang isu remaja..mungkin ana merupakan dari kelompok mereka..Remaja pada hari ini lebih suka melakukan perkara tanpa memikirkan natijahnya di kemudian hari..malah mereka tidak ada rasa tanggungjawab terhadap setiap perbuatan yang telah mereka lakukan..Mereka yang seringkali terlibat dengan gejala couple,zina dan sebagainya perlu sedar bahawa ada tangggungjawab yang lebih besar menanti mereka..tentunya tanggungjawab sebagai orang islam..Mereka perlu ingat bahawa setiap apa yang meraka lakukan akan memberi kesan kepada nama Islam itu sendiri dengan memberi imej yang buruk tentang islam padahal Islam itu cantik dan sempurna..Rasa untuk berubah kepada yang lebih baik perlu ditanam di dalam diri kita..Allah berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka" (Ar-Ra'ad: 11)

Berubahlah menjadi lebih bertanggungjawab..usah mengaku sebagai jundullah andai diri lari dari bertanggungjawab dengan setiap apa yang dilakukan.Berfikirlah setiapa kali ita ingin bertindak..Adakah tindakan tersebut memberi manfaat keapada Islam atau sebaliknya.

Hanya redha Allah yang ana harapkan terhadap apa jua perkara yang ana lakukan.

" Dan keredhaan itu lebih beasr,itu adala keuntungan yang besar"
(At-Taubah: 72)

Saturday, June 28, 2008

MENONGKAH ARUS GLOBALISASI DENGAN IMAN DAN TAKWA




Seringkali sebelum memulakan isi ucapan kita terbiasa atau pernah terdengar mereka berbicara tentang betapa perlunya kita mengucapkan seinfiniti kesyukuran kepada Allah swt di atas pemberian nikmat yang terbesar, mengatasi segala nikmat-nikmat lain yang Allah limpahkan kepada kita sebagai hambanya;tentunya nikmat iman dan Islam..Kita tidak dapat nafikan bahawa hanya Islam sahaja agama yang diredhai oleh Allah dan betapa beruntungnya mereka yang dikurniakan iman yang sejahtera..apatah lagi merasakan manisnya bila beribadah kepada Allah Yang Maha Besar..
Namun sejauh mana kesyukuran kita terhadap dua nikmat ini perlu kita sama-sama muhasabah diri kita..
Umat islam di zaman ini ibarat buih-buih di lautan.kuantiti yang ada tidak mengambarkan kualiti yang sepatutnya dari segi kekuatan dan pengaruh islam itu sendiri..Umat Islam ditindas,dihina dan dicaci,dinafikan hak warganegara mereka dan pelbagai penghinaan ditimpakan ke atas mereka yang mengucapkan syahadah..Walaupun mempunyai bilangan yang ramai namun umat islam tidak mampu berganding bahu dan tenaga melawan kafir laknatullah malah mereka lebih rela melihat rakan seakidah mereka ditindas dan dihina...
Oleh sebab itu kekuatan fizikal tidak menjamin kita mampu melawan segala cabaran dari pihak kafir kerana hanya kekuatan iman yang akan membantu kita untuk mengatasi segala masalah yang menimpa diri..


Ambillah iktibar dari Perang Badar..Bilangan tentera kaum muslimin adalah kecil berbanding kaum musyrikin.namun kekuatan iman dan keyakinan mereka rehadap kuadsa Allah swt mengatasi segala-galanya telah membantu mereka mencapai kemengan yang besar..Mereka berasa terlalu bersyukur kerana dengan dakwah dan pengorbanan Rasulullah mereka dapat merasai nikmat Iman dan Islam lantas berjanji setia untuk mempertahankannya hingga ke titisan darah..Tauladan seperti ini perlu ditanam pada diri kita..Tingkatkan keimanan kepada Allah swt...Tidak cukup kita hanya percaya bahwa Allah swt itu wujud dan percaya segala rukun iman tetapi kita perlu yakin akan semua perkara tersebut..Yakin seratus peratus bahawa Allah sahaja tempat kita bergantung bukannya manusia..

Melawan arus globalisasi hari ini tidak cukup dengan hanya bertitlekan islam sahaja..Kita lihat betapa ramainya remaja islam kini yang terjebak dengan gejala sosial..begitu menyedihkan..tidak perlu dijelaskan di sini berapa bilangan mereka yang terlibat..ap yang lebih penting moral dan tauladan yang kita kita perlu kutip bahawa tanpa iman dan ihsan dijiwa kita akan mudah tersasar dari jalan Islam yang ditekankan dalam Al-Quran dan As-sunnah..

Wednesday, June 25, 2008

sepi ada bicaranya..


Sudah lama aku tidak melayari blog ni.mungkin disebabkan hambatan masa mencari ilmu Allah di dunia ini..namun ruang-ruang kosong tetap dicari agar blog yang dibangunkan ini tidak sepi dari tulisan2 ku yang tidak seberapa..
Banyak sungguh ujian yang ku rasa semenjak melangkah ke semester baru.dengan karenah roomate, subjek yang memerlukan tumpuan untuk di 'study' sepenuhnya dan tentunya urusan 'organisasi' yang pastinya tidak akan tamat walaupun ku melangkah keluar dari lubuk ilmu ini.Mungkin semua ujian yang ditimpakan oleh Allah itu adalah sebagai satu wasilah untuk menguatkan diriku agar menjadi muslim yang bertaqwa..
Semua itu memerlukan seribu tenaga dan kecekapan mengendalikan masa agar tidak ada masa yang terbuang begitu sahaja..
Pengurusan masa yang cekap akan dapat membantu kita untuk mencapai matlamat-matlamat yang telah disasarkan..banyak kali aku melihat mereka yang diberikan masa terluang oleh Allah tetapi mereka tidak menghargainya dengan melakukan perkara-perkara yang boleh tidak memberi manfaat kepada diri sendiri apatah lagi untuk islam tercinta.
Sedarkan diri agar tidak leka dengan tipuan dunia yang hanya sementara..Mencari bekalan untuk persediaan di sana adalah tangggunjawab yang tidak ada kesudahannya..semoga kita sentiasa berada dalam rahmat dan bimbinganNya selalu..itu yang ku sentiasa harapkan..

Friday, June 6, 2008


UMAT ISLAM MASA KINI

Ummat Islam mengikut taarif Allah S.W T adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan di antara ummat manusia kerana mereka sentiasa berj i had menegakkan Al-Maaruf dan di waktu yang sama juga mereka mencegah yang mungkar.

Mereka adalah contoh yang terbaik dan pilihan kerana mereka yakin akan wujudnya Allah S.W.T dan percaya sepenuhnya kepada janji-janji Allah, mereka beriman kepada Allah S.W.T dan iman itu ditunjukkan dengan taat dan takwa kepada Allah S.W.T pada setiap saat dalam kehidupan mereka, mahupun apabila mereka sesama mereka ataupun mereka keseorangan diri.

Mereka sedar bahawa belumlah betul-betul dinamai Iman jika belum mendorong orangnya untuk bekerja keras, menerus dengan kerja-kerja Islam (Amal Islami) dan menyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada orang lain belum lagi merasai kemanisan dan menikmati cara hidup Islam.

Sesungguhnya tepatlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Iman itu bukanlah angan-angan dan bukan pula perhiasan tetapi Iman itu adalah sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan amalan.”

Itulah ummat yang terdahulu yang mendapat didikan Iman dari Madrasah Rasulullah S.A.W yang mana sumber didikan mereka hanya sanya Al-Quran, menilai Rabbani yang sentiasa mendidik dan membetuli mereka dan setiap aktiviti mereka di dalam kehidupan samada dalam bentuk fikiran, tindakan dan amalan.

Di sana masih ada perbezaan yang jauh antara ummat Islam kini dan jenerasi Al-Quran yang pertama dahulu yang mana di dalam jiwa mereka terdapat Iman yang bergelora, menyala, cermat dan waspada.

Sebaliknya Ummat Islam kini mereka mempunyai Iman yang bisu, mandul, tidur nyenyak dalam jiwa dan mereka tidak mematuhi hukum dan tuntutan Iman itu sendiri.

KEADAAN DAN MASALAH YANG SAMA

Sesungguhnya segala keadaan dan corak hidup yang ada di seluruh dunia Islam pada hari ini adalah sama saja. Keadaan Ummat Islam yang sebenarnya telah menyerah kalah kepada pemikiran-pemikiran dan cara hidup yang menggunakan akal fikiran sebagai inti wahyu Illahi. Tiada penafian dalam hal ini kerana masyarakat Islam telah begitu lama dijajah (tanah air dan fikiran) telah jauh dari hakikat hidup dari kacamata Islam. Perhambaan diri mereka tidak hanya sanya pada Allah S.W.T semata-mata sedangkan mereka mengucap dua kalimah Syahadah, mengerjakan sembahyang, berpuasa, mengeluarkan Zakat dan menunaikan Haji di Baitullah.

Apabila kita meninjau ke seluruh pelusuk alam ini, nescaya kita dapat melihat keadaan sebenar Ummat Islam pada hari ini. Ratusan ummat-ummat Islam tidak lagi digeruni oleh musuh-musuh mereka, malah ummat Islam dipermain-mainkan sesuka hati oleh angkatan Jahiliah yang diketuai oleh Syaitan, ummat Islam seolah-olah dibius, jiwa mereka rendah, peribadi mereka juga rendah serta natijah mereka juga dipandang rendah. Kemanakah hilangnya tradisi kegemilangan, kekuatan Islam yang pada satu ketika dulu tradisi telah dapat menarik penganut-penganut cara hidup yang bukan Islam kepada cara hidup Islam.

Wujudnya situasi yang sebegini rupa adalah kerana ummat Islam sendiri telah jahil akan tujuan sebenarnya Islam itu diturunkan kepada seluruh ummat manusia. Ummat Islam kini tidak tahu menghargai Pimpinan Illahi dan merasa rendah dikira apabila menyebut Islam. Ummat Islam pada hari ini tidak boleh lagi dipanggil sebagai ummat Islam, Islam itu tetap ada tetapi ummatnya adalah umpama jasad tanpa nyawa, sebenarnya mereka juga sendiri daripada angkatan jahiliah kerana:

1) Tidak beriman sebenarnya dengan Allah S.W.T

Nampak jahiliah itu dalam bermacam-macam keadaan, tindakan dan aktiviti. Mereka tidak menyerah semua urusan hidup mereka kepada Allah S.W.T. Iman yang sebenarnya ialah dengan menjadikan hanya Allah sahaja sebagai Illah. Perintah dan undang-undang Allah sahaja yang diterima dan dipatuh. Jika tidak, maka uluhiyyatillah kita masih tidak sempurna.

2) Mengikut Hawa Nafsu

Jahiliah dengan hawa nafsu adalah seiringan.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Jaatsiyah (45) ayat 18 yang bermaksud:

“Kemudian kami jadikan kamu berada di atas Syariat (peraturan) dari urusan (Deen) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”

Sekiranya hawa nafsu menghukum walaupun pengikut syariat Allah S.W.T maka masih dikira jahiliah. Hakikat hawa nafsu menghukum ialah ianya berbeza mengikut keadaan dan masa.

3) Mengikut Thaghut

Firman Allah dalam surah Al- Baqarah ayat 257 yang bermaksud:

“Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman,Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (Iman) .Dan orang-orang kafir pelindung-pelindung mereka ialah thaghut,yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan.Mereka itu adalah penghuni neraka,mereka kekal di dalamnya”

Dalam surah Annisa' (4) ayat 76 Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Orang -orang yang beriman berperang di jalan Allah dan Orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kuncu-kuncu syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.”

Orang-orang yang beriman kepada Allah berjuang dan berperang kerana Allah S.W.T, tetapi orang-orang Jahiliah berjuang bermati-matian untuk mengikut perintah thaghut.



SIFAT-SIFAT MEREKA YANG HIDUP UNTUK ISLAM

Berbeza dengan sifat-sifat yang tersebut di atas,sifat-sifat mereka yang hidup untuk Islam sepatutnya:

a) Benar-benar terikat dan menurut ajaran Islam, Iman dan amal mereka yang selaras, tidak menyuruh orang berbuat baik tanpa dirinya sendiri berbuat baik dan tidak memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukannya.

b) Mengutamakan kepentingan Islam walau di mana sahaja mereka berada. Musuh-musuh Islam tidak dapat meresap masuk dan mengganggu-gugat dengan apa cara sekalipun.

c) Merasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah. Tidak merasa lemah dan dukacita dengan mehnah dan fitnah yang berada di hadapan mereka.

d) sentiasa bekerja untuk Islam bersama-sama dengan Aktivis-aktivis (mujahid-mujahid) Islam yang lain dalam berdakwah kepada Allah, menyuruh dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mereka sentiasa bersama Jamaah Ummah dan patuh kepada kehendak dan pimpinan Jamaah tersebut.

SISTEM WAHYU

Sekiranya Iman merupakan penyelamat dan tenaga penggerak kepada pembangunan kepada generasi Al-Quran yang terdahulu maka Iman itu juga yang menjadi penyelamat dan tenaga penggerak kepada jenerasi ummat yang terkemudian. Dan generasi yang terdahulu telah mengambil Al-Quran untuk mencipta Tamadun..... generasi sekarang mesti mengambil Al-Quran untuk menempah semula tamadun tersebut.

Generasi Al-Quran yang pertama dahulu apabila mereka bertindak melakukan sesuatu, dalam apa sahaja bidang yang mereka ceburi mereka tidak pernah malah takut untuk mendahulukan Allah dan RasulNya. Mereka sentiasa menunggu saranan dan teguran wahyu.... dan apabila ditanzilkan wahyu kepada mereka tanpa persoalan lagi mereka terus melaksanakan kehendak wahyu tersebut samada dalam bentuk suruhan ataupun tegahan bagaikan askar-askar yang menurut perintah ketua mereka.

Oleh itu kita dalam setiap gerak kerja kita mestilah merujuk terlebih dahulu kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dan bersesuaian dengan waki' (realiti) serta ikhlas tanpa ada sedikitpun matlamat duniawi.

Sepatutnya sejarah Tanzil (turun) nya Al-Quran itu menjadi contoh kepada kita dewasa ini. Ia ditanzilkan secara munajjaman(beransur-ansur). Hal ini adalah mengikut fitrah manusia itu sendiri, kalau dulu Al-Quran itu mendidik dan berjinak-jinak dengan jiwa-jiwa generasi sahabat secara munajjaman iaitu mengikut perkembangan pemikiran dan sosial mereka, semestinyalah kita mengikutnya demikian juga. Dengan ini bukanlah bererti yang kita tidak perlu menjalankan undang-undang dan peraturan Allah di muka bumi ini disebabkan kita bermula dengan iman tetapi undang-undang Allah telah lengkap dan mesti dipatuhi sepenuhnya. Apa yang kita maksudkan dengan munajjaman di sini ialah khusus dalam pendidikan jiwa kita.

Mungkin ada sebahagian orang akan merasakan proses ini tidak perlu lagi pada zaman yang serba canggih ini, sedarilah dan insafilah bahawa untuk bersemadinya Iman di dalam hati kita dan dapat melahirkan natijah yang positif sangatlah perlu kita kembali kepada satu proses pendidikan semula setiap jiwa-jiwa muslimin yang ikhlas kepada Islam.

Kita tegaskan di sini, bahawa Islam bukan sekadar Risalah tetapi ianya juga merupakan Manhaj(cara), sunnah dan perjalanan Rasulullah S.A.W adalah sebaik-baik manhaj, sunnah itu adalah Haq dan Haq itu adalah daripada Allah Azza Wajjalla.

Proses pendidikan semula itu perlulah menurut satu persatu landasan yang telah dilalui oleh Muhamad Rasulullah S.A.W dan jenerasi sahabat dahulu. Matlamat hidup perlulah diperbetulkan semula, kesungguhan dan keikhlasan kepada proses itu sendiri perlulah ada pada setiap jiwa yang ingin mengikuti proses pendidikan semula Islam itu, jika tidak natijahnya akan bersimpang-siur.

MASA DEPAN DUNIA ADALAH UNTUK ISLAM

Di kalangan ummat Islam yang telah dibius itu telah ada yang sedar, bangun dan mengejutkan saudaranya yang lain. Seorang demi seorang bangun dan bersatu di bawah panji-panji Aqidah Islam. Seluruh dunia sekarang ini sedang menghadapi pergolakan yang dicetuskan oleh mujahid-mujahid ini. Bagi yang mahu kepada kebenaran mereka menyambut baik akan perkembangan ini, tetapi bagi mereka yang menyintai kekufuran, kezaliman, penyelewengan dan kemaksiatan, insiden ini amatlah tidak disenangi dan mereka cuba sedaya upaya mereka samada secara diplomasi atau kuku besi sekalipun untuk melenyapkan cahaya ini.

Kita bersikap optimis bahawa, masa depan dunia adalah untuk Islam memandangkan kepada keadaan masyarakat dewasa ini yang mana sistem-sistem pembikinan manusia yang dipaksakan kepada mereka jelas tidak mampu untuk menyelamatkan manusia dari segala bentuk bahaya dan kezaliman yang sedang berjalan walau atas nama apa sekalipun tetapi amat dibenci oleh masyarakat terbanyak.

Optimisnya kita bukanlah bererti kita boleh berpeluk tubuh, memerhatikan keadaan dan menunggu natijahnya tetapi ianya menuntut kepada usaha, tenaga, Ilmu, kedudukan, keikhlasan dari kita yang beriman kepada Allah dengan yang sebenarnya.

Oleh itu, perbetulkan aqidah kita semoga segala amalan yang dilakukan mendapat ganjaran dan keredhaan daripada Allah swt.

-dipetik dari cd karya ulama'-



Thursday, May 29, 2008



TENUNG,FIKIR DAN ZIKIR


Pengalaman mengajar kita erti kehidupan.Semakin banyak masalah dan cabaran yang kita depani akan mematangkan diri dalam menempuh hidup di dunia fana ini.
Aku sering mengingatkan diri bahawa hayat ini tidak lama dan kekal abadi..Rasulullah ada mengatakan bahawa dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan ladang di akhirat..terpengaruh dengan fitnah dunia akan mem binasa diri di akhirat kelak..amal dan taqwa disemai agar subur berbuah di sana..
Hidup perlu diteruskan walaupun seribu mehnah dan tribulasi menyerang diri..

Kelas diadakan seperti biasa.Hidup sebagai seorang student yang mempunyai mamtlamat masa panjang berbeza dengan mereka yang hanya belajar unutuk lulus exam sahaja..belajar adalah platform untuk kita mendekatkan diri kepadaNya dan membantu islam yang tercinta..itulah yang aku sering ingat2kan kepada diri yang lemah ini..
Walaupun bahang final exam semakin terasa namun aku perhatikan rakan2ku relax sahaja..tiada risau dan gelisah tentang kelibat exam yang semakin hampir..itulah yang aku lebih suka daripada tertekan dengan suasana exam..
Hari ini kami ditugaskan untuk membincangkan topic yang diberikan oleh lecturer kami..tentu sekali dalam bahasa inggeris..melatih kami untuk speaking group discussion keesokannya..mungkin lecturer aku melihat tajuk yang diberikan tidak berapa menarik lantas menukar topic tersebut supaya ada sambutan di kallangan kami dalam memebrikan idea dan pendapat..
Aku masih ingat lecturer aku membangkitkan tentang gejala sosial yang turut melibatkan mereka yang belajar di sekolah agama..tempias tersebut begitu mengenakan aku kerana aku berasal dari sekolah agama..beliau mengatakan bahawa segelintir pelajar sekolah agama adalah sama sahaja perangai dan tindakan dari mereka yang bukan sekolah agama..betul ke?

Seribu saat aku berfikir dan termenung untuk mencari hujjah yang sesuai..bukan senang bagi diriku untuk speaking kerana aku tak berapa fasih untuk bercakaap dalam BI ni..namun demi rasa tanggungjawab untuk memebuka minda sahabat2ku mengenai isi ini aku buang perasaan malu dan terus mengeluarkan hujjahku..istighfar ku panjatkan agar apa yang ku perkatakan tidak terpesong dari matlamat sebenar..

Siapa yang patut dipersalahkan jika pelajar dari sekolah agama turut terlibat dalam masalah ini?..kebanyakan yang aku perhatikan mereka yang belajar di sekolah agama kerana terpaksa dan dipaksa oleh ibu bapa mereka..mereka tidak minat untuk belajar subjek agama yang begitu membosankan..dan terasa terbeban dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah seperti memakai tudung labuh dan sebagainya..ada juga ibu bapa yang memberi tugas seratus peratus kepada pihak sekolah dan guru-guru supaya dapat mengubah anak-anak mereka menjadi insan yang mulia..mentaliti seperti ini perlu diubah andai ibu bapa mahu zuriat mereka menjadi insan cemerlang,gemilang dan terbilang bukan temberang..kebanyakan remaja hari ini yang seringkali terlibat dengan social ill,mereka kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa mereka dan ruh islam itu sendiri tidak wujud di rumah mereka..bagaimana mereka mahu mengenali islam andai ibu bapa sendiri tidak mempraktikkan ajaran islam dan mengtitipkannya dalam jiwa anak-anak mereka..ke mana tumpah kuahnya kalau tak ke nasi;bapa kencing berdiri anak kencing berlari... Perlu diingatkan bahwa asal usul tempat belajar tidak menjamin kita dari terselamat melakukan dosa..apa yang lebih penting adalah mengamalkan islam itu sendiri dan memohon kepada Allah agar dijauhkan segala fitnah dunia ini...

Bukan niat untuk mengutuk mana2 pihak tetapi sekadar memberi pendapat agar kita lebih berhati-hati dan sedar akan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa,masyarakat,kerajaan dan sebagainya dalam melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar..

Tugas islah dan dakwah bukanlah satu pilihan tetapi lebih merupakan suatu kewajipan.melaksanakanya bukan mudah seperti kita memakan nasi, tetapi lebih sukar dan mencabar..andai kita bersendirian dalam melaksanakan tugas warisan baginda Rasulullah ini pasti kita kan mudah tersungkur dan menyerah kalah...

Oleh itu cari kekuatan dengan bergerak secara kelompok atau kumpulan..tepat sekali ‘jemaah’..

Dan bahawa (yang diperintahkan) ini,adalah jalanKu yang lurus,maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya.Yang demikian itu diperintahkan Alaah kepada kamu agar kamu bertaqwa..” (surah Al-An’am; ayat 135)



Saturday, May 24, 2008


KEINDAHAN HIDUP BERSAMA ALLAH


SENTIASA MERASAI NIKMATNYA
SETIAP KESUSAHAN DIIRINGI KETENANGAN
SUKA DUKA DIAJUKAN KEPADANYA
TIADA MERASA SEDIH
HATI TERASA TENANG DAN BAHAGIA
RASA BENCI DENGAN KEMUNGKARAN
TERASA KASIH PADA YANG KEKURANGAN
SETIAP KESULITAN DIHADIAHKAN PERTOLONGAN
TIDAK SABAR UNTUK BERTEMUNYA…

ANDAI DAPAT KITA MENGHAYATI NIKMAT MENCINTAI ALLAH, SUDAH PASTI KITA AKAN MERASA TERLALU BERDOSA KERANA TIDAK AMBIL PEDULI BAHAWA ALLAH SANGAT KASIH AKAN KITA.
RUGINYA KITA KERANA TIDAK MEMBALAS KASIH ALLAH TERHADAP KITA. DI DUNIA KITA DITATANG, DI AKHIRAT JUGA ALLAH TELAH JANJIKAN KEBAHAGIAAN. TIADA KESUSAHAN YANG ALLAH TIMPAKAN KE ATAS KITA MELAINKAN ALLAH AKAN MEMBERI PERTOLONGAN DAN PETUNJUK.
BEZANYA, BAGAIMANA KITA MENGHADAPI RANJAU DI MUKA BUMI INI? ANDAI BENAR KITA HAMBANYA YANG SOLEH, UJIAN YANG ALLAH TIMPAKAN DIRASAKAN MEMBERI KETENANGAN DAN KEMATANGAN KERANA HATI SEMAKIN DEKAT DENGANNYA.
TERASA SEMAKIN MENYENDIRI, TAPI TETAP TERHIBUR WALAU DALAM LINANGAN AIR MATA YANG PENUH PENYESALAN...


SEDARLAH BAHAWA HIDUP DI DUNIA INI TIDAK LAMA..SEGALA PERBUATAN DAN PERLAKUAN DARI SEBESAR2 PERKARA SEHINGGA SEKECIL2 ZARAH AKAN DIPERHITUNGKAN OLEH ALLAH DI AKHIRAT KELAK..

APAKAH SUMBANGAN YANG TELAH KITA TABURKAN UNTUK ISLAM? ATAU KITA SENDIRI YANG TIDAR SEDAR MENCEMARKAN NAMA ISLAM ITU SENDIRI..

AYUH SAHABAT BANGKIT DARI TIDUR YANG LENA..SUMBANGKAN TENAGA DAN PEMIKIRAN KE ARAH MENDAULATKAN ISLAM..
INGATLAH SESUNGGUHNYA BUKAN ISLAN YANG MEMERLUKAN KITA
TETAPI KITA YANG MEMERLUKAN ISLAM..

WE UNITE FOR ISLAM..

Thursday, May 1, 2008

IKON PERJUANGAN KITA



ASSYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA


Syeikh Hasan Al-Bana dilahirkan pada tahun 1906, yang dibesarkan dalam keluarga Islam yang taat. Dengan asuhan secara Islam itulah maka ia boleh berkata: “Hanya Islamlah ayah kandungku.” Hal itu kerana rasa cintanya terhadap ajaran Islam, kerana ajaran itulah yang membentuk watak dan keperibadiannya.
Ayah kandungnya sendiri adalah Syeikh Ahmad Abdurrahman yang lebih terkenal dengan panggilan as-Sa’ati, atau si tukang jam.
Hasan Al-Bana hafal 30 Juz kitab suci Al-Quran, padahal umur beliau pada saat itu baru 20 tahun. Ketika umur yang sekian itu beliau berhasil menginsafkan Syeikh Abdul Wahab Jandrawy, Pemimpin (Syeikh) Al-Azhar University yang mempunyai pengaruh besar pada segenap lapisan masyarakat dan mempunyai hubungan yang akrab dengan berbagai pihak.
Namun Syeikh yang banyak ilmunya itu tidak mempunyai roh jihad membela rakyat dan Islam dari kezaliman Raja Farouk dan penjajah Inggeris. Kecuali Syeikh Jandrawy ini adalah seorang pemimpin Sufi yang mempunyai banyak pengikut setiap malam berzikir dan berselawat dengan nyanyian-nyanyian khusus ahli Thariqat, tetapi mereka tidak mengerti sama sekali bahawa mereka itu terkurung oleh suasana yang diliputi kejahilan dan kejumudan umat. Mereka jauh dari semangat dan keagungan Islam kerana suasana kemunduran umat yang membelenggu.
Pada tahun 1927, ketika Hasan Al-Bana baru berusia 21 tahun, beliau telah lulus dari Perguruan Darul Ulum Mesir, beliau terus mengajar di Ismailiyah. Di Ismailiyah beliau semakin mengerti suasana rakyat Mesir yang telah sempurna rosaknya. Amat nyata perbezaannya antara kehidupan bangsa Mesir yang menjadi pekerja kasar dengan rumah serta perkampungan yang buruk; dengan kehidupan orang-orang kulit putih yang menempati gedung-gedung megah dengan segala keangkuhannya. Kecuali kemiskinan dan kebodohan, rakyat juga banyak yang rosak moralnya kerana pengaruh kehidupan Barat yang sengaja direka oleh kaum penjajah untuk menghancurkan rakyat Mesir dari segi yang lain.
Dalam suasana yang demikian itulah Hasan Al-Bana mendirikan suatu jemaah yang dinamakan “Al-lkhwanul Muslimin” (Persaudaraan orang-orang Muslim) pada bulan Dzul Kaedah 1347 Hijrah (Mac 1928) yang bertujuan untuk mewujudkan cita-cita Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh. Semangat kedua beliau itulah sebagai rantai yang menyambung kepada cita yang diinginkan oleh Hasan Al-Bana beserta kawan kawannya di dalam membentuk organisasi tersebut.
Adapun khiththah gerakan lkhwanul Muslimin yang menuju cita yang diredhai Allah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW itu melalui tahapan yakni: 1. Membentuk peribadi Muslim 2. Membentuk rumahtangga dan keluarga Islam 3. Cara hidup kampung Islam 4. Menuju kepada negeri Islam 5. Menuju kepada pemerintahan Islam.
Gerak Ikhwanul Muslimin meliputi segala bidang dakwah, mulai pendidikan terhadap anak-anak, pelajaran Al-Quran bagi orang dewasa, pendidikan keluarga, bidang sosial walaupun nampaknya sederhana sekalipun, dari kampung-kampung sampai kepada Universiti di kampus-kampus, mulai artikel sampai penerbitan buku dan majalah-majalah, sampai kepada urusan politik dalam amar makruf nahi mungkar, dan sebagainya.
Sampai kepada Muktamar Ikhwanul Muslimin yang ketiga tahun 1934, tampak tokoh-tokoh intelektual dan para ulama terkenal yang menjadi anggota dan pendukung Ikhwan, seperti Syekh Thanthawi Jauhari, seorang ahli tafsir terkenal dan Guru Besar. Kemudian Sayid Quthub, Dr. Abdul Qadir Audah, seorang Hakim terkenal, dan juga Dr. Hasan Al-Hadlaiby, dan sebagainya.
Syeikh Hasan Al-Bana bersama kawan-kawannya tidak mampu berdiam diri menghadapi kekuasaan Raja Farouk yang telah tenggelam dalam kemabukan, rasuah, dan sewenang-wenang. Perbezaan pendapat, perselisihan, dan akhirnya pertentangan dengan penguasa yang aniaya dan dibantu oleh kekejaman penjajah Inggeris tidak dapat dihindarkan.
Tentu saja penyokong Kerajaan bekerja keras untuk dapat mengawasi gerak-geri para anggota Ikhwanul Muslimin. Kaum Imperialis Inggeris pula di dalam mencelakakan Ikhwanul Muslimin mempunyai peranan yang sangat besar.
Akhirnya pada pagi hari tanggal 13 Februari 1949 beliau memanggil puteranya. Kemudian beliau bercerita kepada puteranya itu bahawa semalam beliau bermimpi merasa dikunjungi Sayyidina Ali bin Abi Thalib. Ali bin Abi Thalib berkata kepada beliau: “Wahai Hasan, kamu telah menunaikan kewajipan, semoga amalmu diterima oleh Allah.” Kemudian pada petang harinya, beliau meninggalkan rumah bersama kawan-kawan seperjuangan pergi menunaikan tugas. Tiba-tiba beliau di tembak oleh seorang anggota Polis kakitangan Raja Farouk, dan tersungkurlah beliau di tepi jalan Kairo, dan beliau menemui syahidnya setelah sampai di hospital.
Beliau meninggal dunia kerana ditembak di pinggir jalan raya, dan tidak diketahui siapa pembunuhnya. Bahkan pembunuhnya mendapat hadiah dari Raja Farouk.
Jenazah beliau hanya disolatkan oleh ayah beliau sebagai Imam dan anak lelaki beliau sebagai makmum. Hanya dua orang. Kerana di sekeliling rumah beliau dijaga ketat oleh askar negara untuk melarang siapapun masuk rumahnya memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.

Tuesday, April 29, 2008

DI MANAKAH TAHAP IMAN KITA?


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.



Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN


5 CARA MEMILIH SAHABAT



Berapa orangkah sahabat anda?Adakah anda benar2 mengenali mereka dan bersama mereka ketika susah dan senang? di sini ada beberaap tips untuk memilih sahabat..

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina
persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-
Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada
anaknya :

Pertama:
Pilihlah sahabat yang suka melindungi
sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita
dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi
keperluan...

Kedua:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau
menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik
atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada
dirimu, dia suka menghitung-hitungkan
(menyebutnya).

Ketiga:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau
menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik
atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia
mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka
menutupinya.

Keempat:
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta
sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau
engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika
ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang
menimpa dirimu, dia suka membantu dan
meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima:
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka
membenarkan ucapan dan bukan selalu
mempercayainya saja. Jikalau engkau
mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia
suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih
dengannya, dia suka mengalah untuk
kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih
sahabat yang baik agar segala matlamat dan
hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat
dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada
Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada
kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di
sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki
mu."

Monday, April 28, 2008

JADILAH HAMBA YANG BERSYUKUR

Berapa kali setiap hari kita mengucapkan syukur kepada Allah?Adakah sukar bagi kita hanya mengucapkan 'alhamdulillah'?ingatlah bahawa menjadi insan yang bersyukur tidak ckp pgn ucapan semata-mata,tetapi lebih penting adalah istiqamah kita dalam mengerjakan ibadah kepada Allah..hidup ini hanya sementara..tiada ruiang untuk ita bersuka ria.yang ada adalah setiap saat kita gunakan hanya untuk beribadah dan mengingatiNya.

Monday, April 21, 2008


YANG BERNAMA SEORANG PEJUANG

Kehidupan seorang ISLAM itu

Penuh dengan perjuangan

Berjuang demi mencapai mardhatillah

Hingga sampai janji Allah

Antara kemuliaan atau syahid fi sabilillah

Pejuang itu…

Berjuang menentanng kebatilan

Bukan hanya membiarkan nasib umatnya diperkotak-katikkan

Tanpa sebarang pembelaan

Pejuang itu..

Terus berjuang menentang kefasadan

Bukan hanya menangguh tugas

Yang telah menjadi kewajipan

Seorang pejuang itu….

Tidak kenal erti jemu

Tidak kenal erti putus asa

Kerana dia mengerti

Perjuangan itu

Bukan untuk insan yang memnetingkan kerehatan

Dan kesenangan dunia

Tetapi bagi insan…

Yang hatinya mempunyai ikatan kukuh dengan dengan ar-Rahman

Yang bernama seorang pejuang itu…

Rela imannya diuji dengan dugaan

Rela diri dan hartanya dikorbankan

Kerana dia tahu

Perjuangan itu adalah jalan yang panjang

Dan penuh dengan kesukaran

Tiada karpet merah untuk dihamparkan

Tiada bunga-bungaan untuk ditaburkan

Yang ada……..

Hanyalah cacian dan cemuhan yg menguji kesabaran

Duri-duri yang perlu ditempuh sepanjang perjalanan

Mehnah dan tribulasi yang tiada berkesudahan

Sahabatku..

di mana bumi dipijak,di situ islam ditegakkan..