Tuesday, April 29, 2008

DI MANAKAH TAHAP IMAN KITA?


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.



Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN


5 CARA MEMILIH SAHABAT



Berapa orangkah sahabat anda?Adakah anda benar2 mengenali mereka dan bersama mereka ketika susah dan senang? di sini ada beberaap tips untuk memilih sahabat..

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina
persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-
Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada
anaknya :

Pertama:
Pilihlah sahabat yang suka melindungi
sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita
dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi
keperluan...

Kedua:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau
menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik
atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada
dirimu, dia suka menghitung-hitungkan
(menyebutnya).

Ketiga:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau
menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik
atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia
mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka
menutupinya.

Keempat:
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta
sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau
engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika
ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang
menimpa dirimu, dia suka membantu dan
meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima:
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka
membenarkan ucapan dan bukan selalu
mempercayainya saja. Jikalau engkau
mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia
suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih
dengannya, dia suka mengalah untuk
kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih
sahabat yang baik agar segala matlamat dan
hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat
dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada
Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada
kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di
sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki
mu."

Monday, April 28, 2008

JADILAH HAMBA YANG BERSYUKUR

Berapa kali setiap hari kita mengucapkan syukur kepada Allah?Adakah sukar bagi kita hanya mengucapkan 'alhamdulillah'?ingatlah bahawa menjadi insan yang bersyukur tidak ckp pgn ucapan semata-mata,tetapi lebih penting adalah istiqamah kita dalam mengerjakan ibadah kepada Allah..hidup ini hanya sementara..tiada ruiang untuk ita bersuka ria.yang ada adalah setiap saat kita gunakan hanya untuk beribadah dan mengingatiNya.

Monday, April 21, 2008


YANG BERNAMA SEORANG PEJUANG

Kehidupan seorang ISLAM itu

Penuh dengan perjuangan

Berjuang demi mencapai mardhatillah

Hingga sampai janji Allah

Antara kemuliaan atau syahid fi sabilillah

Pejuang itu…

Berjuang menentanng kebatilan

Bukan hanya membiarkan nasib umatnya diperkotak-katikkan

Tanpa sebarang pembelaan

Pejuang itu..

Terus berjuang menentang kefasadan

Bukan hanya menangguh tugas

Yang telah menjadi kewajipan

Seorang pejuang itu….

Tidak kenal erti jemu

Tidak kenal erti putus asa

Kerana dia mengerti

Perjuangan itu

Bukan untuk insan yang memnetingkan kerehatan

Dan kesenangan dunia

Tetapi bagi insan…

Yang hatinya mempunyai ikatan kukuh dengan dengan ar-Rahman

Yang bernama seorang pejuang itu…

Rela imannya diuji dengan dugaan

Rela diri dan hartanya dikorbankan

Kerana dia tahu

Perjuangan itu adalah jalan yang panjang

Dan penuh dengan kesukaran

Tiada karpet merah untuk dihamparkan

Tiada bunga-bungaan untuk ditaburkan

Yang ada……..

Hanyalah cacian dan cemuhan yg menguji kesabaran

Duri-duri yang perlu ditempuh sepanjang perjalanan

Mehnah dan tribulasi yang tiada berkesudahan

Sahabatku..

di mana bumi dipijak,di situ islam ditegakkan..